2017年10月9日

a

a I huruf pertama abjad Rumi.


a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia,
~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan
sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan!

AA kep Asia-Afrika.

AB kep anggaran belanja.

aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll:
“Satu ...,” ~ Wit dr kerusinya.

aba II; ~-daba hama, kuman.

abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun
yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi
Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi
Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh
Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau
beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun
1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau
negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang);
~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman
purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira
tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya;
berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratusratus
tahun lamanya.

abadi Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan,
kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud
atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak
berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~;
mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya
terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan
peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan
melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg
terkorban;
terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus
cerita-cerita rakyat;
keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang
ibu; ~ perdamaian dan keamanan;
pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.

abadiah, abadiat Ar abadi.

abah I arah, tuju: tak tentu ~nya;
mengabah menuju;
mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg
tertentu.

abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd
bapanya).

abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;
~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali
perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.

abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr;
mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd
(seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan,
melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2.
memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan,
menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja
segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau
melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu
kauabaikan;
terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak
dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disiasiakan;
keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok;
keabaian perihal abai;
pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan
tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll);
pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak
memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).

abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.

abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.

abalone (abaloné) sj siput drpd genus Haliotis yg boleh dimakan.

abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu
seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki,
adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit;
4. panggilan kpd suami;
~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak
mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak
oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~
kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd
seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd
perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain);
berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2.
memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang
terhadap seseorang;
berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg
pengasih dan bertimbang rasa.
abang II Jw merah.

0 评论: