2017年10月10日

a

abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan
masyarakat;
berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat,
berdindingkan: rumah yg ~ buluh;
mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan
payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuranpertempuran
~ jalannya mesyuarat.

abau sj kura-kura, labi-labi; main ~ main tampuk labu.

ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu
campur.

Abd. kep Abdul.

abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.

abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja
yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak
sendiri), hamba, hamba tebusan; ~ negara Id pegawai kerajaan;
mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika
pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi,
menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau utk kepentingan
seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara;
mengabdikan 1. menjadikan abdi, menghambakan, memperhamba: ~
tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya:
tenaganya diabdikannya kpd negara;
pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan:
tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg
banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya
terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering
berlaku.

abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja
itu sendiri.

abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yg berisi organorgan
(spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).

abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.

abet Jk tingkah laku;
mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.

abiad Ar sl putih; fidah yg ~ perak yg putih.

abid Ar orang yg menghambakan diri kpd Allah dgn beribadat kpd-Nya.

abidin Ar jamak bagi abid.

abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit raja
singa.

ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.

abintara sl pesuruh raja; ® bentara.
 
abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup
drpd benda bukan hidup.

abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg
tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta
hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan
huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf
mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2,
jim = 3, dal = 4, dll);
mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama
semua peserta;
pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai
nama dll) mengikut urutan abjad.

ablasi (Bio) pembuangan tisu atau organ tubuh secara pembedahan.

abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa:
keadaan yg ~; 2. Id agak gila;
keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan
tidak normal, keadaan luar biasa.

abnus Ar sl kayu hitam.

aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.

abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.

abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. =
berabonemen berlanggan.
 
abrak sl batu cermin, mika.

abrar Ar golongan orang yg soleh.

abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.

abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.

absah Id sah (bkn surat keterangan dll);
mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll);
keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan
legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan
kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;
pengabsahan pengesahan.

absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll);
mengabsen Id memanggil nama-nama orang utk mengetahui atau
menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll):
guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.

abses (absés) bengkak yg bernanah.

absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).

absolutisme prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin
dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.

abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa
dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad:
kesetiaan adalah sesuatu yg ~;
mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;
keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang
pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.

abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih ciriciri
umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes,
pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg dikaji.

absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras:
sesungguhnya adalah ~ utk berbuat demikian kerana subjeknya
hanya diketahui oleh segelintir manusia.

abtar Ar 1. sl kudung; 2. terputus rahmat Allah.

abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting
dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok;
2. debu, serbuk;
~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat
drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~
logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses
pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;
spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau
terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga
isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu
di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada
gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai
sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;
abu-abu Id warna kelabu;
mengabu menjadi abu, menyerupai abu;
mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki
menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau
menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan,
menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan
penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk
golongan yg cuba ~ mata orang ramai;
keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.

abu II kalah (dlm permainan congkak dll).

abu III suatu pangkat di Siam.

abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.

abuh I riuh, sibuk.

abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak pd
kaki (tubuh dsb).

abuk; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku
atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.

abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka
dll).

0 评论: